First time dalam seumur hidup makan Habbatus-sauda. Benda ni susah nak cari di kawasan sekitar tempat tinggal saya, jadi saya beli melalui internet. Murah je tak mahal. Habbatus-sauda ini atau nama lainnya jintan hitam, diambil dari pokok bunga seperti gambar di bawah.
Nak makan habbatus-sauda ni mula-mula saya kisarkan dulu bagi hancur, selepas tu makan dalam 1 sudu teh. Kesannya memang power! . Mula-mula memang rasa panas, lepas tu sengal-sengal satu badan. Setiap sendi mesti terasa lenguhnya. Seksa juga masa cubaan pertama, tapi orang tua-tua cakap kalau dah 2-3 kali makan , sakit badan tu dah tak dah .
"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati". Imam Bukhari
Fungsi Habbatus-sauda
1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu
7. Mengurangkan alahan
8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.
saya makan yang jenis softgel dan juga gunakan (minyak hs dalam botol) untuk di sapu bahagian belakang badan terutama area tulang belakang (metasis kanser tulang)
BalasPadam