Kita sudah biasa dengar tentang rompakan. Ada rompakan kecil dan ada juga rompakan besar-besaran. Di asia , barat , eropah malah afrika pun tidak terhindar dari jenayah ini. Bila orang malas, tamak dan jahat ingin mendapatkan wang dengan cara mudah, rompakan adalah satu-satunya jalannya.
ROMPAKAN TERBESAR DALAM SEJARAH , adakah kita pernah tahu atau tidak ?
1) Great Train Robbery ( $74 Million )
Rompakan ini berlaku pada tahun 1906. Dilakukan secara berkumpulan seramai 15 orang, termasuk pemandunya. Mencuri $74 Million dari kereta api tanpa menggunakan senjata . 13 orang ahli kumpulan ini berjaya ditangkap, tetapi pemandunya gagal ditangkap.
2) Kent Securitas Depot ( $92.5 million )
Rompakan ini bertarikh 22 February 2006 . Suspek menyerang dan membelasah keluarga pengurus, mengikat 14 pekerja dan mencuri Not Bank dari peti besi .
3) AntWerp Diamond Center ( $100 million )
Kebanyakan berlian yang belum dipotong di hantar ke AntWerp Diamond Center .4 orang perompak telah berjaya mencuri berlian dan mengosongkan 123 dari 189 kotak berisi berlian. Rompakan ini telah dirancang selama setahun menjadikan rompakan ini cukup sempurna.
4) Harry Winston
4 orang lelaki dengan memakai Jaket telah memasuki sebuah kedai menjual berlian dan mencuri kesemuanya. Mereka memaksa pekerja kedai memasukkan berlian ke dalam beg. Kerugian tidak dapat diketahui
5) Schiphol Airport Heist ( $118 million )
Pada mulanya suspek telah merampas KLM Lori Kargo untuk mendapatkan uniform pekerja untuk memudahkan mereka berkeliaran di sekitar lapangan terbang. Rompakan ini tidak dirancang dengan baik, tetapi mereka berjaya merompak berlian di pusat pengumpulan.
6) KnightBridge Security Deposit ( $111 Million )
Pada 12 Julai 1987, dua lelaki memasuki KinghtBridge security deposit, di England. Mereka meminta untuk menyewa sebuah peti keselamatan. Semasa pekerja hendak mengeluarkan peti keselamatan, mereka keluarkan senjata dan mencuri hampir kesemua barang berharga.
7) Baghdad Bank Robbery ( $282 Million )
Pekerja bank datang untuk membuka bank ini dan terkejut dan kesemua duit hilang dari peti besi Bank Dar Es Saalam . Polis mengesyaki 3 orang pengawal keselamatan yang telah merancang rompakan.
8) City Bonds Robbery ( $292 million )
John Goddard bekerja untuk Broker Sheppard telah dirompak semasa dia sedang berjalan oleh seorang perompak biasa. John membawa briefcase yang mengandungi bon bernilai 292 million. Pada waktu itu John sedang dalam perjalanan ke England Treasure Bills.
9) Boston Museum ($300 million )
2 orang lelaki berpakaian seperti pegawai polis berjaya meyakinkan 2 orang pengawal keselamatan di museum bahawa ada gangguan di bilik bawah tanah . Pengawal itu biarkan mereka masuk untuk memeriksa keadaan. Beberapa ketika selepas itu, pengawal menyedari apa yang dilakukan polis itu. Malangnya, perompak itu bertindak lebih awal dan menggari pengawal keselamatan dan mencuri banyak lukisan yang bernilai.
10) Central Bank Of Iraq ( $1 billion )
Berlaku semasa Iraq sedang di bom oleh Amerika. Saddam menyuruh anaknya, Qusay untuk mengeluarkan semua duitnya dengan hanya membawa nota tulisan tangan Saddam. Tibanya Qusay di bank itu, Juruwang Bank tersebut memberitahu Qusay telah terlebih dahulu mengeluarkan wang sejumlah $1 Billion diktator itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong komen ya