Like & Follow

Khamis, 28 Februari 2013

Fakta Tentang Tentera Merah Soviet


1.  Tujuan aku post gambar-gambar tentera Soviet ni tidak bermakna yang aku ni komunis. Aku memang minat dengan sejarah Soviet , malah seluruh dunia. Saya benci komunis kerana mereka menolak sebarang kepercayaan agama. Bertentangan dengan rukun negara kita. "Kepercayaan Kepada Tuhan". 

2."Dari Taiga Ke Lautan British : Tentera Merah Adalah Yang Paling Kuat" - Kata-kata ini adalah slogan para tentera Soviet dan digunakan dalam lagu kebangsaan mereka.  

3.Bagi sesiapa yang tak tahu makna USSR, ini maksudnya: UNION OF SOVIET SOSIALIST REPUBLICS. Umumnya, Soviet Union adalah nama lain negara Rusia semasa zaman komunis berkuasa. Soviet Union adalah pesaing bagi Usa yang dikuasai kapitalis. 

4. Perang dingin berlangsung di seluruh dunia temasuk negara Malaysia. Malaysia menyebelahi blok barat kerana Ideologi komunis tidak sesuai dengan prinsip Islam dan negara yang berbilang bangsa.

5. Selepas WWII , Soviet mencapai zaman kegemilangannya, dengan pencapaian dari segi kekuatan tenteranya, sains dan teknologi serta dalam bidang penerokaan Angkasa.

Dihadapan Monumen Motherland di bandar perwira Volgograd
6 .Tentera Soviet ada pelbagai jenis. Pasukan roket strategik, pasukan darat, tentera pertahanan udara dan laut, dan termasuk juga unit logistik tentera serta Ibu Pejabat pertahanan tempatan.  Tentera Malaysia juga mempunyai persamaan dengan Tentera Soviet.

7. Angkatan Tentera Soviet diuruskan terus oleh menteri Pertahanan USSR. Pemberian pangkat seperti sarjan dan master Sarjan di dalam pasukan tentera bedasarkan draf pencapaian anggota. Draft diatur di bawah kementerian Pertahanan USSR sebanyak dua kali setahun. Pada bulan May-Jun , November-Disember. Lelaki yang berumur 18 tahun keatas dipanggil untuk berkhidmat selama3-5 tahun. 

Hubungan dengan komander
8. Sejarah penubuhan tentera laut pula bermula sejak penubuhan kerajaan sosialis selepas kemenangan perang revolusi Rusia pada Oktober 1917.

9. Akhir tahun 1919, kekuatan tentera merah (soviet) mencecah seramai 3 juta orang.  Pada tahun 1918-20, tentera merah sudah ada 88 divisi infantri, 29 divisi cavalry, 67 squadron (300-400 kapal terbang) , sejumlah meriam ,  dan kenderaan berperisai.

Batallion pembinaan
10. Kadar purata penghasilan senjata dalam sebulan pada tahun 1920, berjumlah 56 000 senjata api dihasilkan, dan 58 juta kotak peluru. Tahun 1919, syarikat penerbangan telah membuat 258 kapal terbang dan merepair 50 buah kapal terbang.

11. Bersama-sama dengan pemodenan tentera merah, telah melahirkan Soviet Military Science bedasarkan pengajaran Marxis-Lenin mengenai tentera dan peperangan.

12. Perang WWII pada tahun 1941-1945 adalah perang yang paling sukar dihadapi masyarakat Soviet dan Tentera Merah

13. Setelah kejatuhan empayar Nazi Jerman dan Empayar Jepun, tentera merah menjadi semakin bertambah kuat. Tentera merah bangga dengan peralatan moden mereka. Pada waktu ini kuasa dunia seimbang.



























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. Koleksi menarik gambar2 disini bro....aku pun minat gak dgn senjata2 canggih yg dimiliki tentera Merah...cuma dr segi kualiti derang x leh lawan US lg....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. mereka kalah dri segi kualiti tpi mng dari segi kuantiti

      Padam
  2. Jika US lewat serang tentera soviet ketika itu US akan kalah
    Teknologi pada zaman itu semuanya datang dari soviet
    US sendiri akui hal ini
    Pengakuan dari Bekas perisik US
    Soviet mengunakan teknologi iblis
    Dengan cara memuja dan korban
    Sedia maklum bahawa iblis mampu melihat masa depan
    Malah bangsa iblis dan Jin hidup jutaan tahun sebelum terciptanya Adam dan hawa
    Kisah2 bagaimana soviet peroleh teknologi ini penah di filemkan
    Kalau tak silap aku cerita itu dari kisah benar yang di ceritakan oleh perisik US
    Tajuk filem tu" The Devil's Rock "
    Korang semua boleh cari filem tu dan tonton sendiri...
    Aku memang minat dengan teknologi soviet sebab tu aku rajin mencari sumber2 maklumat tentang soviet
    Sampailah aku terjumpa filem tu

    Dah 15 tahun aku masih mencari
    Hanya berbekalkan internet
    Dan dari sumber2 yang boleh di percayai
    Untuk tengok pengakuan2 benar dari bekas tentera soviet dan US korang boleh tengok dalam youtube

    BalasPadam

Tolong komen ya

Blogpingsite.com HyperSmash.com Blog Ping Site Free Auto Malaysia Backlinks www.hgpromo.org
Blogged.my

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Ping your blog, website, or RSS feed for Free