Tuntutan Kiram terhadap Sabah semakin kuat. Hari demi hari Kiram menguatkan propaganda terhadap rakyat Filipina bahawa Sabah sebahagian daripada wilayah mereka. Hampir 67 peratus rakyat filipina percaya yang Sabah itu milik mereka manakala sebahagian percaya sebaliknya.
Ura-ura mengatakan bahawa armada Usa sedang menuju ke lautan pacific bagi mengimbangi kuasa tentera di situ. Dan Filipina juga sedang membuat penelitian untuk mengemukan tuntutan Sabah melalui ICJ . Tidak mustahil Malaysia terpaksa berperang sama ada dengan pengganas Kiram atau Filipina.
Pulau Falkland juga mempunyai masalah yang serupa seperti sabah. Falkland asalnya sebuah pulau yang ekonominya bergantung kepada penternakan biri-biri. Pulau Falkland terletak kira-kira 480 km dari Argentina dan 940km dari wilayah utara antartika British.
Berbeza dengan sabah yang mempunyai hasil komoditi yang kaya dengan petroleum dan minyak kelapa sawit, tidak mustahil berlaku perang untuk menuntu sabah. Sedangkan British dan Argentina berperang merebut Falkland yang tandus itu, apalagi sabah yang kaya dengan pelbagai hasil bumi.
Fikir-fikirkanlah. sejak dari merdeka dahulu sehingga sekarang Filipina masih lagi menuntut sabah dari Malaysia.
INI IKLAN. TOLONG KLIK YA. TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong komen ya