Like & Follow

Jumaat, 15 Mac 2013

ACV-300 ADNAN bertempur di Lahad Datu

ACV-300 Adnan Lahad Datu


ACV-300 merupakan sejenis kenderaan tempur berperisai dari FNSS Turki. Cuma ada 3 buah negara yang mengoperasikan kenderaan ini.

TURKI - mengeoperasikan sebanyak 1,698 buah .

UAE - mengendalikan sebanyak 136 buah

Malaysia - mempunyai 211 kenderaan ini dengan variasi yang berbeza

Kenderaan tempur ini amat sesuai dengan bentuk muka-bumi di Malaysia. Beratnya hanya 14 tan dan mampu bergerak dengan pantas.
ACV-300 Adnan Lahad Datu

Kenderaan ini dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi & kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap.

Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech)milik tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.

ACV-300 Adnan Lahad Datu

ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.
ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.

Iklan ni. Tolong klik


Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong komen ya

Blogpingsite.com HyperSmash.com Blog Ping Site Free Auto Malaysia Backlinks www.hgpromo.org
Blogged.my

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Ping your blog, website, or RSS feed for Free