Like & Follow

Isnin, 8 April 2013

Melayu mampu takluk dunia jika ada orang seperti dia


Melayu malas ? tidak. Melayu bukan pemalas . Mahathir berkata begitu supaya melayu bangkit dan membuktikan bahawa melayu bukan pemalas. Jika melayu malas, sudah tentu negara kita tidak terselamat dalam krisis ekonomi lampau. Sudah tentu negara kita tidak membangun seperti sekarang.


Orang melayu seperti masih lagi berada dalam tidur yang lena. Umpama beruang yang sedang dalam proses Hibernasi. Dahulunya melayu merupakan kuasa besar di Asia tenggara dan diakui oleh Maharaja China. Tenggelamnya orang melayu selepas kejatuhan empayar melaka dan mulanya penjajahan dan penindasan ke atas bangsa melayu.

Saya kaitkan dengan beruang kerana beruang merupakan haiwan yang kuat. Tidurnya di musim sejuk memberikan ketenangan kepada haiwan di sekitarnya. Apabila musim bunga tiba, dia bangkit dan menjadi raja semula.

Anda kenal Tun Daim Zainuddin ?


Ramai yang kenal beliau. Mana tidaknya, Tun Daim pernah menjadi menteri kewangan Malaysia sebanyak 2 kali semasa pemerintahan Tun. M . Tun Daim dan bersama-sama menteri yang lain yang telah membangunkan ekonomi Malaysia pada tahun 80-an. 

Sumbangan Tun Daim kepada negara adalah beliau berjaya dalam beberapa projek dasar penswastaan negara dan melahirkan ramai usahawan melayu, korporat-korporat melayu menerusi DEB. Beliau turut digelar BAPA PEMBANGUNAN USAHAWAN MELAYU pada tahun 1997.

 Daim Zainuddin menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) sebuah bank yang berjaya di Tanzania, benua Afrika.Bank ini mempunyai 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 di Eropah timur. ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Sebab itu Mahathir berkata jika ada orang seperti Daim, melayu mampu menakluk dunia.

Saya tidak lahir pada semasa dia berkhidmat untuk negara. Saya mengenali beliau dengan hanya membaca buku sejarah saja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong komen ya

Blogpingsite.com HyperSmash.com Blog Ping Site Free Auto Malaysia Backlinks www.hgpromo.org
Blogged.my

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Ping your blog, website, or RSS feed for Free