Berikutan kes kebocoran sempadan perairan di Sabah, rakyat Malaysia kerap mempersoalkan adakah sempadan kita amat mudah dibolosi ? Jika perkara ini tidak ditangani, peristiwa pencerobohan pengganas sulu ini mungkin akan berulang.
Polis Marin atau nama lainnya, Pasukan Gerakan Marin (PGM) patut ditubuhkan semula. PGM mempunyai banyak pengalaman dalam rondaan di pesisir pantai .Sedangkan APMM masih baru dan tidak mempunyai banyak pengalaman .
Tindakan kerajaan membubarkan PGM dan menyerapkan anggota PGM kedalam APMM, telah melemahkan PDRM . Kerana APMM meronda jauh dari pesisir pantai .
APMM mungkin tidak melakukan pengawasan di sekitar sempadan perairan yang mempunyai banyak pulau kecil, dan pantai yang cetek.
APMM berasaskan tentera laut. Polis marin melakukan tugasnya seperti polis biasa , meronda, menyiasat dan memantau keselamatan. Kedua-dua tugas ini bercanggah antara satu sama lain.
Kawasan rondaan APMM sejauh 12 batu dari pantai. Siapa yang akan menjaga kawasan pesisir pantai kalau tidak PGM ?
Jika PGM ditubuhkan semula, kejadian pencerobohan di pesisir pantai mungkin dapat ditangani dengan pantas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong komen ya