Like & Follow

Rabu, 26 Jun 2013

Jumpa melayu, cina, india macam nak makan orang !

gambar hiasan. Mereka ibarat kain putih, kita yang mencorakkanya
Maaf jika tajuk kasar sikit. Nak ulas sedikit pasal keburukan sekolah vernakular ni. Kebanyakan rakyat Malaysia pernah bersekolah. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi. Pendidikan adalah wajib ke atas semua anak-anak Malaysia. Jika didapati ada ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak mereka, mungkin tindakan undang-undang dikenakan.



(gambar hiasan)

Apa maksud jumpa Melayu, Cina dan India macam nak makan orang? saya pernah mengalaminya, mungkin anda juga begitu. Semasa sekolah rendah, persekitaran pembelajaran kita dalam setiap sekolah rendah, tamil dan mandarin terhad kepada satu kaum saja. Sebahagian pelajar gagal memahami budaya dan pemikiran bangsa lain di sekolah.



Bila masuk sekolah menengah, kesemua bangsa terbesar di Malaysia akan disatukan didalam satu sekolah. Waktu di Tingkatan 1 lah merupakan pertembungan bangsa di Malaysia. Terjadi kelompok-kelompok pelajar melayu , cina dan india setiap masa. Semasa perhimpunan pagi, sewaktu rehat , malah pada aktiviti sukan pun berlaku juga.

Lebih parah lagi, sebilangan pelajar yang gagal mengawal emosi dan suka memainkan sentimen perkauman memburukkan lagi keadaan. Berlaku pergaduhan diantara bangsa-bangsa berbeza. Saya menulis entri ini bukan saya menggalakkan sentimen perkauman, tapi pengalaman sebenar saya semasa saya bersekolah dahulu.

Sebab itu lah kejadian ini perlu dibendung sejak dari zaman kanak-kanak mengenal erti hidup berkongsi antara kaum. Di sekolah pun sudah parah, apa lagi bila menjelang peringkat dewasa !!

Menangani lebih baik dari merawat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong komen ya

Blogpingsite.com HyperSmash.com Blog Ping Site Free Auto Malaysia Backlinks www.hgpromo.org
Blogged.my

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Ping your blog, website, or RSS feed for Free